Pep Guardiola berkata penting untuk mengetahi nilai pengurus Manchester United yang di bawah tekanan, Ole Gunnar Solskjaer.
Manchester City berkunjung ke Old Trafford untuk aksi derby bagi merebut tempat yang lebih kukuh dalam kedudukan liga.
Solskjaer kini berada dalam pemantauan sekali lagi selepas United tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) berikutan permulaan musim yang kurang konsisten.
Pengurus City, Guardiola, menegaskan Solskjaer cukup kuat untuk menahan setiap tekanan yang dihadapinya.
Ditanya mengenai Solskjaer dan kehidupan seorang pengurus berdepan tekanan, Guardiola berkata, "Kami mengetahuinya, itu sebab kami dibayar dengan gaji yang besar, untuk mempertahankan situasi ini.
"Penting untuk mengetahui nilai Solskjaer, tidak ada keraguan mengenai perkara ini.
"Saya tidak perlu memberinya sokongan kerana dia cukup kuat dan tahu bagaimana pekerjaan ini berfungsi.
"Apabila kami menang [ramai mengatakan] kami adalah genius dan apabila kami tewas, [ramai mengatakan] anda perlu dipecat. Ia berlaku di United dan di seluruh dunia, itulah realitinya."
United telah menang dua kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Jika mereka memenanginya kali ini, ia akan menjadi kali pertama mereka memenangi tiga perlawanan berturut-turut sejak melakukannya empat kali di antara November 2008 hingga April 2010.
City pula telah menang enam kali di Old Trafford dalam sembilan musim terakhir dan United bergelut beraksi di laman sendiri bagi musim 2020-21, meraih hanya empat daripada 19 mata dan ia merupakan bilangan terendah diperoleh setakat ini.

PEP ? It’s not a knock out game. It’s three more points. Important for the quality of the opponent but there are a lot of fixtures to come and we'll try to win our games.
— Manchester City (@ManCity) December 11, 2020