Yamal, 16 tahun dan 87 hari, meledak jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas Barca dihukum jaringan Bryan Zaragoza tetapi gol lewat pemain gantian, Sergi Roberto, memastikan satu mata buat pelawat.
Penyerang Granada, Zaragoza, membuka jaringan selepas hanya 17 saat wisel pertama ditiupka -- gol terpantas dalam LaLiga musim ini -- untuk barisan asuhan Xavi itu terlepas peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu, Real Madrid.
“Tidak, kami hanya menghargai kemenangan, kami mahukan tiga mata tetapi kami tidak mengutipnya.
?? Congratulations, Lamine!
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 8, 2023
Keep it up! ? pic.twitter.com/RecKGObHAY
"Kami ketinggalan 0-2, kami sedar perlu berwaspada, kami tidak boleh hilang penguasaan bola. Mereka begitu pantas dalam peralihan dan serangan balas,” katanya.
“Hari ini kami dibolosi awal, kami tahu Granada akan menekan kami di bahagian tengah, sama seperti Porto.
"Kami tahu perlu berhati-hati tetapi kami berjuang hingga ke penghujung perlawanan.
“Malangnya kami tetap tidak mendapat kemenangan. Kami tahu ada perkara yang harus diperbaiki.
"Walaupun menang, kami perlu berhenti melepaskan begitu banyak gol. Saya gembira pasukan gigih berjuang sehingga ke penghujungnya.”
Sementara itu, pemain pinjaman Manchester United, Mason Greenwood, menyumbangkan gol pertamanya untuk Getafe ketika terikat 2-2 oleh Celta Vigo.