Skip to main content

Bola Sepak

Pengurusan kewangan amat penting -- Tunku Ismail

tmj2.jpg
'Membangunkan serta menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang mudah', itu yang diperjelaskan oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Sejak 2013, JDT tidak pernah menghadapi sebarang kemarau merangkul kejuaraan, kini bergelar juara Liga Super tujuh kali sementara antara pasukan yang bersaing di pentas tertinggi Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Namun, di sebalik kejaayaan ini, Tunku Ismail berkongsikan bersama Bola@Mamak, berkata "Jika memiliki sumber kewangan yang banyak namun jika tidak memiliki pengetahuan yang menyeluruh dalam bola sepak, sukar untuk berhasil.

"Ketelitian amat penting dalam menguruskan kelab, terutama daripada aspek kewangan. Saya mengambil contoh ketika Norshahrul Idlan Talaha (penyerang) meminta untuk dinaikkan gaji, saya lepaskan khidmatnya, dan mendapatkan khidmat Safawi Rasid darip T-Team dengan hanya RM15,000. Jadi itu merupakan contoh bahawa JDT bukan sekadar membuang duit dengan mendapatkan pemain dengan harga yang tinggi.

"Kami sangat berhati-hati dengan pengurus kewangan. Pada 2014, JDT memiliki simpanan mencecah RM16 juta, dan ia telah digunakan untuk membina padang latihan tertutup bagi memastikan kelangsungan pemain-pemain untuk berlatih."

Tambah lagi, "Bagi saya, pengurusan kewangan amat penting dan tidak semestinya dengan adanya boleh digunakan sesuka hati sahaja."

Advertisement

Must Watch Video