Skip to main content

Bola Sepak

Pengurus terbaik November, Mourinho anggap ia kejayaan sepasukan

mourinho.jpg
Jose Mourinho menegaskan anugerah Pengurus Liga Perdana Inggeris Terbaik Bulanan yang diperolehnya adalah hadiah sepasukan, bukan individu.

Mourinho meraih anugerah bagi bulan November selepas Tottenham memenangi tiga daripada empat perlawanan liga, hanya kehilangan mata ketika seri tanpa jaringan dengan Chelsea di Stamford Bridge.

Spurs kembali menemui rentak kemenangan dengan mengatasi Arsenal dan menghuni tangga teratas liga, selepas merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah sejak tewas kepada Everton dalam aksi pembukaan.

Di sebalik kejayaannya di England -- Mourinho memimpin Chelsea menjuarai liga tiga kali, sementara memenangi Piala FA sekali dan Piala EFL empat kali -- ia merupakan kali keempat dia meraih anugerah itu.

Kali terakhir dia meraihnya adalah pada Mac 2007 ketika kali pertama berada di Chelsea, tetapi pengendali berusia 57 tahun itu berpandangan pencapaian itu adalah usaha sepasukan.



"Bagi saya ia bukan hadiah bagi pengurus bulan ini, bagi saya ia adalah untuk pasukan terbaik bulan ini," katanya.

"Saya percaya ini adalah mengenai kita sebagai satu pasukan, ini adalah mengenai hasil yang kita kami peroleh pada bulan November. Ini bukan mengenai saya, ini mengenai pasukan.

"Sekiranya ia mengenai saya, ia adalah untuk staf pelatih bulan ini, kerana tanpa mereka kejayaan ini tidak mungkin berlaku, jadi perkara seperti ini tidak pernah saya rasakan sebagai penghargaan individu. I always feel that belongs to the team, belongs to the results that we had.

"Sekiranya kita tidak mempunyai tiga kemenangan dan satu seri di Stamford Bridge, pasti kita tidak akan berpeluang memenanginya, jadi ini mengenai pasukan."

Advertisement

Must Watch Video