UiTM 1 PKNP 1
Penjaga gol UiTM, Mohd Soffuan Tawil, mengakui kekurangan pengalaman menjadi penghalang utama untuk mereka meraih tiga mata penting selepas mengikat pasukan di tangga kedua Liga Perdana, PKNP, 1-1 di Stadium UiTM, petang ini.
UiTM jelas tidak menampilkan aksi terbaik walaupun menyedari hanya kemenangan bakal menjamin slot mereka ke Piala Malaysia.
Ketinggalan seawal minit ke-14 melalui penyerang muda makin meningkat naik, Muhd Shahrel Fikri, UiTM hampir menggigit jari apabila diasak bertalu-talu oleh pelawat.
Mujur, Soffuan tampil dengan aksi cemerlang menafikan banyak peluang dimiliki PKNP untuk melebarkan kedudukan sebelum Akanni Sunday Wasiu muncul penyelamat melalui jaringan penyamaan, pada minit ke-77.
"Kami tidak bernasib baik kerana dibolosi dan saya mengakui UiTM masih tidak memiliki pengalaman untuk mengharungi perlawanan-perlawanan penting," kata Soffuan.
PKNP pula berpuas hati dengan satu mata yang dibawa pulang dari Shah Alam biarpun melepaskan peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Negeri Sembilan, yang terikat seri 1-1 dengan Perlis.
"Walaupun kami tidak membawa pulang tiga mata penuh, ia merupakan satu perlawanan sama rata," ujar ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim.
Keputusan lain:
ATM 4 KUANTAN 3
PERLIS 1 NEGERI SEMBILAN 1
JOHOR DARUL TA'ZIM II 1 TERENGGANU 2
KUALA LUMPUR 2 MISC-MIFA 1
SABAH 1 PDRM 3