Pemain tengah muda berdarah Malaysia-Seychelles, Richard Chin, mengikat kontrak dua tahun dengan kelab liga divisyen dua Scotland, Raith Rovers.
Dilahirkan dan dibesarkan di England, Richard merupakan graduan akademi Charlton dan boleh mewakili Harimau Malaya berdasarkan asal-usul bapanya.
Sebelum menyertai Raith Rovers, pemain berusia 22 tahun itu mewakili kelab semipro England, Farnborough, di mana dia menjaringkan tujuh gol daripada 42 penampilan.
"Selamat datang Richard Chin," umum Raith Rovers dalam satu kiriman media sosial.
"Pemain sayap dinamik, Richard Chin, menyertai kami dengan kontrak selama dua tahun selepas mencatat 42 penampilan, 7 gol dan 6 bantuan jaringan bersama Farnborough musim lalu.
"Dilahirkan di England tetapi mempunyai warisan Malaysia dan Seychelles, Richard Chin kini menjadi pemain Malaysia pertama dalam sejarah Raith Rovers."