Skip to main content

Bola Sepak

Pemain baharu? Ini amaran keras Vietnam kepada Harimau Malaya -- Kim Sang-sik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vietnam1.jpg
Perlawanan membabitkan musuh tradisi Asia Tenggara, Malaysia akan melayani kunjungan Vietnam bagi merebut misi yang sama dalam Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Selasa ini. 

Kedua-dua pasukan turun dengan impian tiga mata penuh untuk mencerahkan peluang sebagai bekalan menuju Arab Saudi. 

Harimau Malaya dalam keadaan terbaik untuk memperbaharui rekod selepas 15 tahun apabila kali terakhir menewaskan Vietnam di tempat sendiri adalah pada 2010 dalam Piala AFF Suzuki. 

Sementara Vietnam yang tempang tanpa Nguyen Xuan Son juga mengidamkan keputusan positif untuk menjarakkan mata dalam saingan Kumpulan F.

Jelas ketua jurulatih, Kim Sang-sik, anak buahnya tekad pulang dengan senyuman meskipun menghadapi puluhan ribu penyokong Harimau Malaya di tempat lawan. 

"Walaupun pusingan ketiga kelayakan dimainkan secara timbal balik berperingkat, kami tidak mahu kehilangan sebarang mata dan menyasarkan untuk memenangi kesemua aksi dengan tiga mata terutamanya menentang Malaysia.

“Secara umumnya, kemenangan sentiasa menjadi matlamat tertinggi pasukan Vietnam," katanya. 

Isyarat jelas ditunjukkan oleh bintang sensasi ASEAN All-Stars, Nguyen Hai Long, yang memukau peminat tempatan dengan kelincahannya bakal mendatangkan tugas sukar buat pertahanan negara. 

Dalam masa sama, pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga melahirkan rasa kebimbangan melihat struktur terbaharu skuad kebangsaan yang diperkuat pemain warisan seperti Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Imanol Machuca dan Jon Irazabal. 

"Berdasarkan maklumat yang kami ada, Malaysia mempunyai sekitar 8 hingga10 pemain naturalisasi dan berdarah campuran baru berbanding kejohanan lalu.

"Keadaan ini menyebabkan lebih sukar untuk menganalisis taktik pihak lawan,” tambahnya. 

Begitupun, dalam lapan pertemuan terakhir, Vietnam belum pernah tewas kepada Harimau Malaya sejak 2016. 

Advertisement

Must Watch Video