Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, sedia merencana eksperimen dalam skuad Harimau Malaya bagi mempersiapkan barisan tonggak negara menghadapi seteru berbeza, lebih-lebih lagi menjelang Piala Asia tahun depan.
Pan-gon mungkin perlu merombak percaturan kesebelasan utama berikutan ketiadaan penyerang sejati memandangkan penggempur Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri Fauzi, tidak berada dalam keadaan terbaik untuk menguji Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Kami tidak pasti 100 peratus adakah dia tidak boleh beraksi esok.
"Ia peluang baik kepada kami untuk meletakkan pemain lain sebagai eksperimen, saya teruja jika dia melakukannya dengan baik mungkin kami dapat senjata lain.
"Sesetengah perkara saya faham dan adakalanya peminat juga faham tentang situasi kami.
"Kami akan cuba berikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan," katanya dalam sidang media petang tadi.
Ketua jurulatih Kepulauan Solomon, Felipe Vega Arango, menegaskan pertemuan malam esok penting buat barisannya yang menghuni ranking ke-134 dunia itu dalam usaha mengekalkan rekod empat kemenangan daripada lima perlawanan persahabatan terakhir.
Namun, pengendali dari Sepanyol itu mengakui ia bukan satu tugas mudah apabila menjangkakan tuan rumah akan menampilkan corak permainan pantas menerusi bahagian sayap yang dibarisi rata-rata pemain berkualiti.
"Kami tidak biasa beraksi pukul 9 malam jadi kami perlu menyesuaikan diri.
"Ia kesempatan yang bagus buat kami untuk buktikan peningkatan tahap bola sepak Solomon.
"Walaupun kami di ranking ke-134 sementara Malaysia 138, tapi ia tidak realistik disebabkan Malaysia perlu berdepan pasukan yang lebih sukar.
"Saya harap kami mampu bersaing dan Malaysia pula berikan cabaran hebat sebagai persiapan Piala Asia tahun depan.
"Saya sedar perlawanan ini akan menjadi sengit, satu permainan pantas dengan kehadiran pemain sayap, pemain tengah dan pertahanan tengah yang bagus.
"Mungkin peluang untuk pemain saya mempamerkan keupayaan mereka bagi menarik perhatian di luar negara.
"Kami menghormati Malaysia tetapi kami juga perlu bersaing" katanya.