Bekas pemain Sabah, Paulus Jimit @ Mohd Firdaus, yang menderita lumpuh sebelah badan dan tidak dapat bertutur kerana serangan angin ahmar pada 2015, kini memiliki sebuah rumah baru yang lebih selesa di Kampung Seberang Tabilung, Tambunan.
Rumah berkenaan disumbangkan oleh Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) selepas presidennya, Datuk Peter Anthony, melawat Paulus dan keluarganya, yang ketika itu menetap di kuarters JKR Tambunan, Mac lalu.
Peter kemudian berjanji akan memberikan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban mereka, termasuk pembinaan rumah baru.
Paulus, 57, yang pernah beraksi sebagai pemain tengah pada era 1970-an hingga 1990-an, seangkatan dengan pemain legenda Sabah, Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani.
Peter berkata rumah itu dibina di tanah milik Paulus sendiri di kampung itu agar dia dan keluarganya dapat mendiami rumah yang lebih selesa dan sewajarnya sebagai bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri itu dalam sukan bola sepak.
"Sepertimana yang saya umumkan sebelum ini bahawa kami akan membina sebuah rumah kepada saudara Paulus Jimit, dan pada hari ini kita dapat nampak penyerahan telah dilakukan dan kedudukan rumah juga berada dalam keadaan baik.
"Kalau kita lihat tadi, keadaan di dalam rumah itu memang sesuai dan selesa untuk didiami oleh keluarganya dan saya berharap program seperti ini akan diteruskan untuk mana-mana pemain yang tidak bernasib baik," katanya.
Sementara itu, isteri Paulus, Sharifah Sudin, ketika ditemui bersyukur dan berterima kasih kepada SAFA dan Peter kerana menghadiahkan sumbangan yang amat bermakna buat mereka sekeluarga.
"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Peter kerana menunaikan janji beliau sebelum ini dan mudah-mudahan hidup kami akan lebih selesa dengan adanya rumah ini," katanya.