Skip to main content

Bola Sepak

Pan-gon dedah faktor pilih jadi ketua jurulatih Malaysia

kpg-out-lagi.jpg
Dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Kim Pan-gon, mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Malaysia.

Pan-gon menamatkan perjalanan hampir tiga tahun bersama Harimau Malaya, menjadi individu yang membantu Malaysia untuk beraksi di Piala Asia secara merit buat pertama kali sejak 42 tahun yang lalu.

Selepas mengumumkan dia akan meninggalkan Malaysia, Pan-gon berkongsikan pula mengapa dia memilih untuk mengendali Malaysia.

"Sebelum tiba di Malaysia, saya telah bercakap dengan presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, saya mahu datang ke Malaysia kerana Ultras Malaya. Daripada perlawanan pertama sehinggalah perlawanan terakhir bertemu Taiwan, laungan semangat Ultras Malaya cukup indah, ia telah menjadi motivasi buat saya untuk memastikan keputusan yang positif buat pasukan yang saya kendalikan," katanya.

"Setiap staf dalam FAM telah menerima saya dengan tangan terbuka. Ahli exco juga tidak pernah meletakkan sebarang kesalahan terhadap saya. Bagaimanapun pula dengan Presiden? Tanpa kepimpinannya, apa yang telah dicapai pasukan ini mungkin tidak mampu dilakukan. Saya sangat bersyukur dengan kehadirannya. 

"Terima kasih kepada pihak kerajaan, terutama Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, yang sentiasa memberikan semangat dan positif terhadap kami. Saya tidak pernah menerima layanan seperti ini. 

"Sifar keluhan. Setiap kali kami membuat kem latihan, memanggil pemain untuk berlatih bersama skuad kebangsaan, semua memberikan komitmen kepada saya. 

"Jadi hari ini adalah hari untuk saya memberikan betapa gembira berada di sini, menghargai setiap saat bersama skuad Malaysia. 

"Bermula hari ini, saya akan mengikuti perjalanan baru, Malaysia juga perlu mengharungi satu perjalanan yang baru."

Advertisement

Must Watch Video