Pemain Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, menganggap barisan pemain Tok Gajah semakin mendapat keserasian yang diharapkan bagi mencabar kejuaraan musim ini.
Tok Gajah ketika ini berada di kemuncak prestasi selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam aksi Liga Super di Kota Bharu, semalam.
Malah, bekas pemain Kelantan itu sendiri turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-59.
Kemenangan itu memastikan Pahang memintas Kedah selaku pendahulu Liga Super selepas 11 perlawanan dengan perbezaan jaringan menjadi kelebihan.
Lantas, pemain berusia 25 tahun itu berpandangan prestasi Pahang ketika ini turut dibantu oleh persefahaman baik dalam kalangan rakan sepasukan.
"Kami lebih serasi berbanding sebelum ini. Walaupun pasukan ini boleh dianggap sebagai baru, kami sering kali bekerja keras untuk mencapai keserasian yang lebih baik," katanya.
Mengulas mengenai prestasi dirinya dalam kempen musim ini, Wan Zaharulnizam mengakui masih ada ruang buat dirinya untuk meningkatkan lagi tahap permainan.
Dia berharap dapat mengerah sepenuh kudrat bagi membantu Pahang untuk memperoleh kejuaraan liga musim ini.
"Kami akan beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan seterusnya. Meskipun kami mendahului liga dengan perbezaan jaringan, kami akan memastikan senario itu kekal hingga hujung musim," tambahnya.