Mesut Ozil menggesa Arsenal untuk mempertingkatkan kekuatan pasukan jika mereka ingin mencabar kejuaraan pada musim akan datang.
The Gunners gagal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 2003-04. Mereka juga gagal mencipta impak sejak ke final Liga Juara-Juara (UCL) pada musim 2005-06.
Ozil mulai kecewa dengan kegagalan Asenal untuk berjuang merebut takhta liga dan berasakan kelab perlu mula berbelanja besar untuk bersaing dengan kelab-kelab gergasi Eropah.
"Saya berpendapat kelab perlu menandatangani pemain-pemain bertaraf bintang," kata Ozil.
"Tetapi apa yang penting adalah keputusan pengurus. Beliau dan kelab yang akan membuat keputusan.
"Ketika anda melihat kepada skuad kami, ia tidak sama seperti Bayern Munich atau Real Madrid. Untuk bersaing dalam UCL, anda memerlukan skuad yang besar.
"Saya mahu menjulang gelaran UCL dan liga. Namun, Arsenal tidak mampu untuk bersaing di Eropah, ia menggugat saya kerana saya memiliki sasaran yang tinggi. Saya benar-benar mahu memenangi UCL."
Masa depan Ozil berada dalam keraguan selepas perbincangan kontrak tergendala sehingga penghujung musim ini.
"Bola sepak adalah keutamaan saya, kami memiliki sasaran untuk beraksi dalam UCL. Kami akan berbincang pada musim panas nanti.
"Saya sangat gembira. Saya menikmati masa saya di London.
"Pengurus pasukan, Arsene Wenger, bukan sahaja penting buat saya tetapi kepada seluruh kelab ini. Ia amat penting untuk mengetahui sama ada beliau akan kekal atau meninggalkan kelab ini."