Skip to main content

Bola Sepak

Olimpik Tokyo: Mbappe mahu bantu Perancis rebut ibu emas

kylian-mbappe.jpg
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, berkata dia mengimpikan beraksi untuk Perancis dalam Sukan Olimpik Tokyo.

Mbappe dan juara dunia Perancis, sedang membuat persiapan menghadapi Euro 2020 yang dijadual semula, di mana akan bermula bulan depan.

Ketika skuad kendalian Didier Deschamps menyasarkan kejayaan di pentas Eropah, Mbappe turut mahu mewakili negara ke Sukan Olimpik, bermula Julai ini.

"Bagi kami, mendapat pengiktirafan dari seluruh negara sangat penting," kata pemain berusia 22 tahun, Mbappe kepada TF1.

"Semua orang tahu bahawa impian saya selalu menyertai Sukan Olimpik dan saya harap saya dapat merealisasikan salah satu impian seumur hidup saya."
 

Perancis diundi bersama pasukan tuan rumah, Jepun, Mexico dan Afrika Selatan dalam Kumpulan A di Olimpik.

Dipimpin oleh pengendali skuad B-21, Sylvain Ripoll ke Olimpik, Perancis dijadualkan membuka kempen menentang Mexico 22 Julai ini.

"Objektifnya selalu sama -- untuk mencuba memenangi Euro untuk membawa kebahagiaan kepada rakyat Perancis.

"Kami mempunyai pasukan yang mampu bersaing mengejar kejuaraan. Kami sentiasa mahu menang. Sekiranya kami berjaya, ia akan membawa kegembiraan yang besar.

"Kami akan membuat persiapan yang baik untuk kejohanan dengan harapan akan melangkah jauh. Kami akan berusaha membawa kembali trofi itu ke Perancis."

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found