Neymar lega apabila kertas siasatan terhadap tuduhan rogol ke atasnya ditutup, namun penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu bekata dia tidak akan melupakan kesan buruk yang perlu dihadapinya dan orang yang dikasihinya.
Hakim Brazil, Ana Paula Vieira de Moraes, semalam menerima saranan untuk menutup kes itu selepas siasatan di Balai Polis Sao Paulo, di mana seorang wanita membuat dakwaan itu Mei lalu, menyimpulkan bahawa dakwaan itu tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bukti.
Neymar dengan tegasnya menolak dakwaan bahawa dia merogol seorang wanita dalam sebuah bilik hotel di Paris pada 15 Mei lalu.
Dia membuat kiriman Instagram awal pagi tadi yang tertulis: "Ia akan menjadi satu babak dalam hidup saya yang tidak akan pernah saya lupakan.
"Kerana banyak sebab.
"Yang paling utama ialah "KEROSAKAN" yang telah ia berikan kepada saya, keluarga saya dan kepada semua yang benar-benar mengenali saya.
"Saya akan bersikap jujur dan saya tidak akan katakan yang saya gembira tetapi saya berasa lega.
"Luka itu akan sentiasa ada di sini, jadi saya akan terus ingat bagaimana manusia bukan sahaja boleh melakukan perkara baik tetapi juga perkara BURUK!
"Ya, dunia saya telah hancur dan saya jatuh ke tanah... tetapi seorang legenda jiu-jitsu pernah berkata: 'Bagi ramai orang, tanah adalah pengakhiran segala-galanya tetapi bagi kami, ia hanyalah permulaan.'
"Semoga ia menjadi permulaan bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua orang yang menderita akibat dakwaan palsu dan TERUTAMA kepada semua WANITA yang BENAR-BENAR menjadi mangsa jenayah ini.
"Harapan saya adalah supaya anda semua boleh menjadi kuat, supaya anda boleh menentang dan anda dapat hak yang sepatutnya.
"Syukur kepada tuhan UNTUK SEGALA-GALANYA," katanya.
Demi membersihkan namanya Jun lalu, Neymar mengirimkan satu video di Instagram, di mana dia mendakwa tuduhan itu sebagai sebahagian daripada percubaan pemerasan sambil menunjukkan perbualan WhatsApp di antara dia dan wanita berkenaan.
Namun, dia mungkin akan berdepan dakwaan jenayah siber kerana video itu turut melibatkan perbualan intim dan imej orang lain, yang menyalahi undang-undang Brazil.
Neymar sudah dipanggil untuk membantu siasatan di Sao Paulo, 7 Jun lalu.