Barcelona gagal dalam rayuan penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan ke atas Neymar yang menyaksikannya terlepas aksi El Clasico (awal pagi Isnin nanti) menentang peneraju LaLiga, Real Madrid.
Neymar dikenakan hukuman berat itu ekoran tindakan sinisnya memberi tepukan kepada pengadil keempat selepas dilayangkan kad kuning kedua ketika tumpas 2-0 kepada Malaga, awal bulan ini.
Gelagat penyerang Brazil itu menyebabkan penggantungannya ditambah kepada dua perlawanan lagi selain hukuman penggantungan satu perlawanan secara automatik di La Rosaleda itu, sekaligus menafikan kelibatnya bertemu Madrid di Santiago Bernabeu dan Osasuna, minggu depan.
Barca berhujah reaksi Neymar itu bukanlah ditujukan secara langsung kepada pengadil, bagaimanapun Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol mengekalkan hukuman berkenaan.
Namun, Barca masih lagi boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menggugurkan hukuman berkenaan.
Berita itu satu tamparan buat Luis Enrique susulan pasukannya tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara kepada Juventus, kelmarin.
Kekalahan di Bernabeu bakal menjejaskan cita-cita skuad Catalas itu kerana Madrid mempunyai kelebihan tiga mata di puncak selain mempunyai kelebihan baki satu lagi perlawanan berbanding pencabar terdekat itu.
Barca sudah pun kehilangan khidmat Aleix Vidal dan Rafinha dalam jangka panjang manakala kecergasan Arda Turan akan terus dipantau.
Sekiranya kelab itu gagal dalam rayuan kepada CAS, Neymar akan kembali untuk aksi 'derby' menentang Espanyol, hujung bulan ini.