Manuel Neuer mungkin terlepas baki aksi musim ini selepas mengalami keretakan tulang kaki ketika Bayern Munich tewas kepada Real Madrid dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Penjaga gol antarabangsa Jerman itu ditimpa kecederaan yang menyaksikan Cristiano Ronaldo melengkapkan hatrik pada masa tambahan dalam kekalahan 4-2, untuk menyingkirkan Bayern 6-3 secara agregat.
Bayern mengumumkan diagnosis awal dan melaporkan, Neuer, 31, akan "menjalani pemeriksaan menyeluruh sebaik tiba di Munich sebelum mengumumkan rawatan yang sesuai".
Neuer baru sahaja pulih daripada pembedahan kaki ketika turun menentang Madrid dalam perlawanan pertama, setelah dia tercicir dalam dua perlawanan Bundesliga akibat kecederaan dalam sesi latihan, bulan lepas.
Berita kecederaan Neuer menjadi tamparan buat jaguh Bundesliga itu susulan kunjungan yang mengecewakan ke ibu negara Sepanyol itu.
Bayern -- kini menerajui Bundesliga dengan lapan mata -- akan berdepan pasukan dalam zon penyingkiran, Mainz, pada Sabtu ini.