BOLA SEPAK MSIA
Nasib masih menyebelahi Malaysia B-23
Ketika peminat-peminat bola sepak tanah air merasa kecewa apabila skuad kendalian E. Elavarasan tewas kepada tuan rumah, Thailand, dalam aksi Kumpulan H pusingan kelayakan Piala AFC B-23 dan menganggap peluang skuad Harimau Malaya B-23 untuk ke pusingan akhir di Qatar pada tahun hadapan telah tertutup, nasib masih menyebelahi Malaysia apabila layak setelah muncul salah satu daripada empat pasukan di tangga kedua terbaik apabila Iran tersingkir setelah mengumpul kad kuning melebihi Malaysia walaupun mengutip mata dan jaringan sama.
Jika dilihat daripada segi prestasi dan kualiti teknik pemain-pemain yang sedia ada dalam skuad Harimau Malaya B-23 ini, ia amat baik tetapi apa yang masih ramai bimbang tentang taktikal dan strategi yang diterapkan oleh E. Elavarasan terhadap skuadnya dan sudah ada kedengaran suara di media-media sosial agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memecat jawatan E. Elavarasan kerana beliau gagal membimbing skuad muda Malaysia B-23 dengan baik.
Pandangan dan permintaan daripada peminat-peminat bola sepak negara itu ada asasnya.
Iklan
Itu berdasarkan fakta dari tiga kejohanan yang dikendalikan jurulatih yang berasal dari Selangor itu kerana gagal mencapai misinya seperti dalam Sukan SEA Kemboja dan Piala AFF lalu selain kelayakkan Piala AFC B-23 ini.
Apa yang dibimbangkan peminat-peminat, terutama tentang falsafah bermain yang agak tersasar dari apa yang diwujudkan FAM dalam DNA Bola Sepak Malaysia yang terkandung didalam perancangan Peta Hala Tuju Bola Sepak Malaysia (F:30), yang telah dilancarkan pada Oktober 2018.
Daripada pelancaran peta hala tuju (F:30) itu, FAM sebenarnya telah mewujudkan satu identiti bola sepak Malaysia yang perlu dipraktikan dari peringkat pembangunan lagi kerana falsafah itu adalah merupakan falsafah bola sepak skuad senior Harimau Malaya sebagaimana yang dilaksanakan Kim Pan-gon.
Dengan falsafah itu juga sebenarnya menuntut seorang jurulatih di peringkat pembangunan perlu lebih kreatif menggunakan pemain yang punya kualiti. Atas faktor itu yang membuatkan peminat-peminat Harimau Malaya menuntut agar FAM mencari jurulatih yang lebih berkaliber dan kreatif untuk membimbing skuad Malaysia B-23 nanti di pusingan akhir Piala AFC B-23 di Qatar pada tahun hadapan.
Must-Watch Video