Skip to main content

Bola Sepak

Nafuzi Zain buru pemain ikut acuan pasukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi-zain.jpg
Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, masih berahsia tentang kelibat lima pemain import yang akan bersama skuad Peteh musim depan.

Tegas bekas pemain negara itu, salah seorang pemain import yang akan bersama dengan Terengganu pernah beraksi dalam saingan Liga Super sebelum ini.

Boleh dikatakan Terengganu akan berwajah baru pada musim 2021 dengan kehadiran ramai pemain baru antaranya Faisal Halim dan Nik Akif Nik Mat. 


 
Posted by TERENGGANU FC on Monday, December 14, 2020


Pasukan Penyu itu turut mempunyai pemain baru dalam setiap posisi, penyerang, tengah dan pertahanan.

"Saya mahukan pemain (yang bersesuaian) dengan corak permainan pasukan. 

"Kami bukan melihat kepada kemampuan individu kerana setiap pemain adalah sama, jadi kami mengadunkannya untuk menjadikannya sebagai satu pasukan yang baik.

"Setiap pemain mempunyai peranan masing-masing," katanya ketika dihubungi wakil Astro Arena, Fina Nasrom. 

 

Advertisement

Must Watch Video