Skip to main content

Bola Sepak

MUSA beri kata dua buat Zainal Abidin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal-abidin-hassan.jpg
Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) memberi kata dua kepada ketua jurulatih,  Zainal Abidin Hassan, berkenaan masa depannya bersama pasukan itu musim depan.

MUSA dikhabarkan telah menetapkan tarikh akhir untuk pengendali itu menyatakan pendiriannya.

Sebelum ini, persatuan itu mencuba untuk mendapatkan jurulatih dari Korea Selatan, Lee Eul-yong, tetapi terpaksa membuat pusingan U berikutan kekangan kewangan.

Dua lagi calon lain, iaitu K. Devan (Negeri Sembilan) dan E. Elavarasan (Sarawak United) pula telah megikat kontrak bersama pasukan lain.

Dengan itu, MUSA kini ingin memberikan peluang terakhir buat Zainal Abidin untuk membuktikan kemampuannya sebagai jurulatih yang mampu membawa kejayaan buat Melaka United selepas dua musim bersama pasukan itu.

"Kami sudah mengadakan perbincangan bersama jurulatih Zainal beberapa hari lalu. Kami menawarkannya untuk bersama Melaka United dalam musim 2021," kata Bendahari Kehormat MUSA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly.

"Tetapi keputusannya akan dibuat pada Jumaat ini selepas kami memintanya untuk menyiapkan satu kertas cadangan buat pasukan dan latihan bagi musim 2021.

"Sekiranya dia disambungkan kontrak, ia hanya untuk satu musim sahaja.

"Masih ada beberapa syarat yang kami tetapkan berdasarkan bajet dan keputusan yang kami tetapkan.

"Jika ada rezeki untuk dia dikekalkan, saya memintanya agar memberikan yang terbaik kerana dia sudah dua musim bersama Melaka United," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video