Skip to main content

Bola Sepak

Mula langkah kiri punca Juventus tewas -- Pirlo

andrea-pirlo-juventus-v-atalanta-serie-a.jpg
Andrea Pirlo enggan mempersalahkan kad merah yang dilayangkan kepada Juan Cuadrado menjadi punca kekalahan Juventus kepada Fiorentina sebaliknya mempersoalkan sikap pemain menjelang perlawanan tersebut.

Juve mengalami kekalahan pertama dalam saingan Serie A di bawah kendalian Pirlo selepas 13 perlawanan, tewas 3-0 sekaligus kekalahan terburuk mereka sejak berpindah ke Stadium Allianz pada 2011.

Cuadrado melakukan terjahan ke atas Gaetano Castrovilli dan dilayang kad merah pada penampilannya yang ke-200 bersama gergasi Turin itu ketika perlawanan berbaki 18 minit.

Dusan Vlahovic membenarkan Fiorentina mendahului sebelum jaringan sendiri daripada Alex Sandro dan dilengkapkan oleh Martin Caceres.

Beberapa penalti tidak memihak Juve dalam perlawanan terakhir mereka bagi 2020, tetapi Pirlo kecewa apabila pasukannya gagal untuk menemui jalan dalam perlawanan tersebut.



"Apa yang berlaku dengan kad merah tidak boleh dijadikan alibi," katanya. 

"Hasilnya tidak berpunca dari sikap Fiorentina tetapi kekurangan kami.

"Apabila ini berlaku, anda menghadapi situasi buruk seperti ini. Dalam perlawanan sebelum Krismas ia boleh berlaku maka anda mempunyai fikiran pada hari cuti. Kami tidak fokus sepenuhnya.

"Gambar untuk layangkan kad merah itu jelas bagi saya. Mungkin ada beberapa keputusan yang seharusnya memihak kepada kami, tetapi itu bukan sesuatu yang ingin saya ulas -- anda boleh lihat sendiri."

Advertisement

Must Watch Video