Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho: Taktikal saya sama sekali kuasai Chelsea

17416mourinho.jpg
MANCHESTER UNITED 2 CHELSEA 0

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berasakan pasukannya "benar-benar mengawal" Chelsea ketika meraih kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.


Marcus Rashford dan Ander Herrera menjaringkan gol awal masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua ketika United membuka perebutan saingan kejuaraan dan meningkatkan harapan mereka untuk menduduki kelompok empat teratas dengan kemenangan berharga di Old Trafford.

Mourinho berasakan United lebih dominan apabila Chelsea gagal mencipta percubaan tepat buat kali pertama dalam perlawanan liga sejak September 2007.

Dan bos United itu percaya kemenangan tersebut membuktikan pasukannya boleh menewaskan Chelsea dalam saingan suku akhir Piala FA bulan lalu, jika Herrera tidak menerima kad merah kontroversi dalam perlawanan itu di Stamford Bridge.

"Kami memiliki taktikal yang baik dan pemain melakukan tugas yang menakjubkan," kata Mourinho, yang menunjuk kepada lencana United sambil berjalan di luar padang, kepada Sky Sports.

"Mereka benar-benar dikawal oleh pasukan yang penuh dengan pemain hebat, yang kreatif dan pantas. Kami sama sekali mengawal mereka dan saya amat gembira.

"Ia adalah taktik yang sama seperti kami pergi ke Stamford Bridge untuk Piala FA.

"Perlawanan sama sekali dikawal apabila kami bermain dengan 11 pemain dan hanya keputusan (pengadilan) yang membuat kami beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua, ditambah 10 minit pada separuh masa pertama, memberi peluang kepada Chelsea untuk menjadi dominan.

"Kami tahu bahawa bermain cara ini akan menjadi sangat sukar buat mereka.

"Daripada sudut pandangan peribadi, memikirkan hanya tentang saya dan kerja saya, (apa yang membuatkan saya paling gembira) saya benar-benar yakin kami akan bermain dalam separuh akhir Piala FA hujung minggu ini jika kami bermain di Stamford Bridge dengan 11 pemain. Ia sama sekali meyakinkan. "

Tambah Mourinho kepada MUTV: "Mereka bergelut untuk mengatasi segala-galanya.

"Mereka bergelut untuk mengatasi kami secara bertahan dan mereka berjuang untuk mengatasi kami dengan Marcus (Rashford) dan pemain lain yang kami miliki di atas padang.

"Prestasi yang sangat, sangat baik dan ia adalah keseronokan bagi saya untuk mengatakan bahawa pemimpin (liga) -- pemimpin dengan beberapa perbezaan -- tidak dapat menampung dengan prestasi kami"

Advertisement

Must Watch Video