Jose Mourinho menegaskan Tottenham beraksi untuk mengejar tiga mata selepas menyaksikan rekod 11 perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir ketika bertemu Liverpool awal pagi tadi.
Roberto Firmino menanduk jaringan kemenangan pada minit ke-90 buat penyandang juara selepas Son Heung-min menafikan jaringan pembukaan Mohamed Salah di Anfield.
Jaringan Son merupakan salah satu daripada dua percubaan tepat buat Spurs, sementara Liverpool memaksa Hugo Lloris menafikan sembilan percubaan sebelum Firmino akhirnya menghukum pelawat untuk merekodkan kekalahan kedua dalam saingan liga musim ini.
Bagaimanapun, Mourinho berasakan pasukannya sukar menerima hakikat dan sekurang-kurangnya layak mendapat satu mata.
"Kami bermain untuk menang, kami tidak bermain untuk mendapatkan mata," katanya. "Satu mata adalah keputusan yang cukup adil tetapi kami bermain untuk menang dan mempunyai peluang terbesar untuk memenanginya.
"Permainan ini sentiasa terkawal. Saya merasakan ia adalah hasil yang sangat tidak wajar, tetapi itulah bola sepak.
"Pada separuh masa, kami melakukan beberapa pertukaran, tetapi secara keseluruhan permainan dalam kawalan dan berpuas hati dengan persembahan Spurs."
Kemenangan buat Liverpool menyaksikan mereka mengatasi Spurs untuk kembali ke puncak liga dan Klopp tidak meragui selepas pasukannya meraih mata penuh.
"Ia merupakan perlawanan yang sangat baik di antara kedua-dua pasukan. Mereka telah menjaringkan gol daripada dua percubaan sepanjang perlawanan namun kami mengawal permainan dan berhak mereka tiga mata dan saya sangat gembira."

????-????: A late goal sees the hosts take the points.
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) December 16, 2020
? #LFC 2-1 #THFC ⚪️ pic.twitter.com/bWKg1LqsOK