Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, melakukan kejutan dengan mempertahankan bekas kelabnya, Chelsea, dan jurulatihnya, Antonio Conte, sambil menyifatkan kritikan terhadap mereka adalah "tidak adil".
Mourinho dan Conte jarang bertentang mata di England dengan pasangan itu sering terlibat dalam pertelagahan yang berlarutan pada musim ini.
Dalam perbalahan itu, Mourinho sempat mempersoalkan integriti Conte kerana terlibat dalam skandal mengatur perlawanan -- pengurus dari Itali itu kemudian bebas daripada pertuduhan berkenaan -- sementara pengurus The Blues itu membalasnya dengan menggelar Mourinho sebagai "seorang kerdil".
Hubungan dingin mereka kelihatan semakin kendur susulan kekalahan 2-1 Chelsea kepada United pada 25 Februari lalu, dengan pasangan itu berjabat tangan.
Perlawanan itu menyaksikan United membuat permulaan yang perlahan dan mereka melakukannya sekali lagi pada awal pagi tadi menerusi kemenangan dramatik 3-2 ke atas Crystal Palace.
Kedua-duanya menjadi perbandingan, namun Mourinho menegaskan ia adalah lumrah ketika mereka berdepan lawan yang kuat.
"Secara jujur, saya tahu apa yang anda akan tulis mengenai apa yang berlaku semalam," kata Mourinho kepada wartawan di Selhurst Park, 24 jam selepas pasukan Conte dikritik hebat ekoran corak terlalu bertahan yang diperagakan ketika tumbang 1-0 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana.
"Chelsea adalah pasukan yang hebat dan saya tahu ia agak pelik kerana anda tahu kami mempunyai masalah pada masa lalu, namun agak tidak masuk akal bahawa saya harus mengatakan betapa kritikan yang mereka terima adalah tidak adil.
"Mereka masih juara bertahan, Chelsea sangat mantap ketika menentang kami, mereka memulakan permainan dengan hebat dan mencetuskan masalah kepada kami pada awal permainan," ujarnya.