LIGA INGGERIS
Mourinho jurulatih terbaik dunia -- Costa
Penyerang Chelsea, Diego Costa, menegaskan dia terhutang budi dengan Jose Mourinho menjelang pertemuan dengan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, esok.
Mourinho membawa masuk Costa dari Atletico Madrid pada 2014 dan pemain antarabangsa Sepanyol itu membawa The Blues menjuarai liga dalam musim pertamanya.
Bagaimanapun, setelah bergelut dalam musim berikutnya, Mourino dipecat, dengan Chelsea bertarung untuk mengelak daripada zon penyingkiran pada Disember 2015.
Iklan
Costa yang pada awalnya turut bergelut, kini kembali menemui sentuhan berbisa sejak berada di bawah kendalian Antonio Conte.
Dua kemenangan Chelsea ke atas United di pentas liga dan Piala FA musim ini telah menghasilkan pertembungan sengit, dengan Mourinho sendiri terlibat dalam satu persengketaan bersama Conte di tepi padang.
Namun, Costa kekal menghormati Mourinho kerana individu itu bertanggungjawab membawanya ke England.
"Saya masih terhutang budi dengan Mourinho kerana dia banyak membantu saya," dia memberitahu Sky Sports.
"Sebagai pemain, kamu mahukan jurulatih terbaik, dan Mourinho adalah individu yang tepat.
"Saya datang ke Chelsea disebabkan Mourinho.
"Dia seorang yang mahukan yang terbaik daripada anak buahnya.
"Mourinho banyak membantu saya menjadi pemain yang lebih baik."
Must-Watch Video