Gareth Bale dapat melakukan sesuatu yang berbeza dalam waktu penting memandangkan Jose Mourinho merupakan jurulatih paling tepat untuk mengeluarkan prestasi terbaiknya, kata bekas pemain tengah Tottenham, Gus Poyet.
Spurs membawa pulang Bale ke London menerusi pinjaman daripada Real Madrid bagi keseluruhan kempen 2020-21 sejak Disember lalu.
Perpindahan itu disambut baik penyokong mereka, yang berharap Bale boleh kembali mengulangi prestasi terbaiknya seperti ketika menjadi bualan peminat dan membantu pemain kebangsaan Wales itu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA sebanyak dua kali.
Bagaimanapun, isu kecederaan dan prestasi membataskan Bale untuk hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selain menjaringkan satu gol dalam liga divisyen utama itu.
Dalam kesemua kejohanan musim ini, Bale telah merekodkan 13 penampilan, empat gol dan mencipta sembilan peluang selain 10 percubaan tepat.
Menjelang pertemuan menentang Wycome Wanderers pada Isnin lalu, Mourinho berkata Bale perlu meraih sendiri minit permainannya selepas menyedari pemain itu akan menjadi semakin baik sekiranya lebih kerap diturunkan.
Bale memberikan responsnya dengan beraksi cemerlang dan menyumbangkan satu gol ketika pasukannya menang 4-1 dalam perlawanan itu dan Poyet -- yang mewakili Spurs dari 2001 hingga 2004 -- berasakan Mourinho merupakan individu paling Ideal untuk mengembalikan kegemilangan pemain berusia 31 tahun itu.
"Saya fikir sebagai jurulatih -- terutama yang berpengalaman seperti Jose -- anda benar-benar percaya dengan cara pengurusan anda," kata Poyet kepada Stats Perform News.
"Dan katakan ia tidak semudah seperti yang Jose sangkakan. Kerana dia ada naik dan turun.
"Kini, saya fikir dia masih memainkan peranan walaupun hanya pada beberapa ketika, dia masih lagi pemain yang tidak kira dalam apa-apa waktu, dalam mana-mana perlawanan, dia boleh menjadi pemisah di antara anda menang dan anda tidak menang.
"Saya fikir kita dapat melihat sesuatu, terutama ketika dia memastikan dirinya cergas. Itulah kunci dalam situasi ini. Jadi, anda sedar anda bukan hanya perlu berlatih dengan baik tetapi ia tentang kekal cergas untuk beraksi baik.
"Dan terdapat batasan untuk Gareth buat masa ini, secara fizikal, di mana jika dia sampai ke tahap itu, dia akan cedera. Untuk mengawal tahap itu amat sukar tetapi jika ada seseorang yang dapat melakukannya, ia sudah pasti Mourinho," katanya.

The only Spurs player to score in all four competitions this season...
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) January 26, 2021
⚽ @GarethBale11#THFC ⚪️ #COYS pic.twitter.com/xZrqR3G7E2