Gareth Bale telah mencapai 'saat penting' bersama Tottenham buat kali kedua dan perlu membantu pasukan bagi meredakan ketiadaan Harry Kane, menurut Jose Mourinho.
Penyerang pinjaman Real Madrid itu bergelut untuk menampilkan aksi terbaik bersama Spurs, selepas turun dalam kesebelasan utama sekali bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kerap diturunkan sebagia pemain gantian, Bale telah bermain 170 minit dalam saingan EPL musim ini, menjaringkan satu gol dan menghasilkan empat peluang.
Tanpa perubahan pada separuh masa kedua musim ini, tempoh pinjamannya kembali bersama Spurs sudah pasti menjadi pertaruhan paling mengecewakan untuk kelab.
Bale meledak 42 gol dan melakukan 20 assist dalam 146 perlawanan EPL sebelum berhijrah ke Real.
Dengan Kane bakal berdepan rehat jangka masa panjang selepas mengalami kecederaan buku lali ketika tewas 3-1 kepada Liverpool, ketua jurulatih, Mourinho, mahu pemain-pemain lain bangkit menjelang pertemuan dengan Brighton and Hove Albion.
"Saya berharap Bale akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain utama pasukan. Dia kurang masa beraksi [bertemu Liverpool], dia diturunkan selama 15 minit ketika pasukan ketinggalan 3-1.
"Tetapi dia telah bermain 90 minit dalam saingan Piala FA dan ia memberikan impak besar kepadanya.
"Keadaannya semakin baik, apabila anda kehilangan khidmat pemain seperti Kane, pemain-pemain lain seharusnya bersedia untuk menampilkan aksi terbaik bagi membantu pasukan."
Bale turun beraksi ketika menang 4-1 ke atas Wycombe dan berjaya meledak satu gol, menjadi petanda mula mendapatkan sentuhan terbaik tetapi Mourinho ia memerlukan aksi terbaik daripada beberapa pemain bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Kane.
"Harry Kane adalah Harry Kane, beberapa pemain dalam pasukan ini sukar dicari pengganti," kata Mourinho.
"Saya tidak berasakan Gareth adalah seorang penyerang dan saya tidak berasakan dia gemar turun selaku pemain penyerang.
"Dia mahu turun beraksi dengan lebih kerap dalam posisi kegemarannya, iaitu di bahagian sayap kanan."