Skip to main content

Bola Sepak

Morientes yakin Hazard bakal lonjak Real

hazard.jpg
Fernando Morientes berpandangan Eden Hazard akan membuktikan kemampuannya menjadi tunjang kebangkitan Real Madrid jika berjaya menterjemahkan prestasi cemerlang bersama Chelsea ke Sepanyol.

Selepas bertahun-tahun spekulasi melibatkan Hazard akan menyertai Real, ia telah dimeterai dan dilihat sebagai pengganti Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus.

Penyerang Belgium itu masih lagi belum membuat penampilan kompetitif bersama Real ekoran kecederaan paha tetapi dijangka membantu pasukan melupakan mimpi buruk musim lalu.

Bekas penyerang Real, Morientes, yakin kehadiran Hazard akan memberi impak positif buat Los Blancos.

"Saya percaya Hazard memiliki sentuhan berkualiti dan mampu melonjakkan mutu pasukan," kata Morientes.

"Benar pemain-pemain Liverpool beraksi cemerlang tetapi bagi saya, Hazard merupakan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini dia berhijrah ke LaLiga.

"Dia bukan hanya meningkatkan lagi nilai persaingan di sini tetapi dia adalah seorang pemain yang diletakkan harapan tinggi untuk beraksi cemerlang.

"Semua menyedari kemampuannya, Hazard mempamerkan sesuatu yang luar biasa bersama Chelsea dan kami sangat gembira dia menyertai Real."

Advertisement

Must Watch Video