Robert Moreno bersedia untuk memberikan semula tugas kepada Luis Enrique jika beliau mahu kembali membimbing skuad kebangsaan Sepanyol.
Moreno mengambil alih Sepanyol selepas Luis Enrique meninggalkan La Roja, Jun lalu, dengan keputusan tersebut diambil bagi memberikan peluang kepada bekas pengendali Barcelona itu meluangkan masa bersama anaknya, Xana, yang menghidap kanser tulang sebelum meninggal dunia Khamis lalu.
Presiden Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) Luis Rubiales, berkata pintu sentiasa terbuka buat Enrique jika mahu kembali mengendalikan skuad kebangsaan dan Moreno turut senada.
"Buat masa ini, kami tidak akan membincangkannya," kata Moreno.
"Saya menganggap Enrique sebagai seorang rakan dan persahabatan kami mengatasi segala-galanya. Jika satu hari dia kami kembali, saya gembira untuk melepaskan tugas saya dan bekerja bersamanya."
Setiap perlawanan LaLiga minggu lalu memberikan penghormatan bagi mengingati Xana dan skuad kebangsaan Sepanyol turut melakukan perkara yang sama sebelum memulakan sesi latihan Isnin lalu.
Moreno bekerjasama dengan Luis Enrique di Barcelona, Roma, Celta Vigo dan Sepanyol bermula tahun lalu.
Beliau mengharapkan keputusan positif ketika berdepan Romania dan Kepulauan Faroe dalam saingan kelayakan Euro 2020 minggu ini.
"Ia merupakan minggu yang sukar. Kami akan cuba memberikan sedikit kegembiraan di atas saat sukar ini."
Buat masa ini, masih tiada kepastian siapa yang bakal diturunkan sebagai penjaga gol berdepan Romania awal pagi Jumaat ini, dengan Kepa Arrizabalaga sebelum ini turun beraksi dalam tiga perlawanan terbaru berbanding David de Gea.
De Gea melakukan satu lagi kesilapan ketika Manchester United mengalami kekalahan kepada Crystal Palace bulan lalu, sekali gus menutup peluangnya untuk mendapatkan tempat semula dalam skuad Sepanyol.
Moreno, bagaimanapun, tidak memiliki sebarang masalah untuk bertukar penjaga gol, sebaliknya gembira dengan persaingan dalam pasukan.
"Saya berasakan ia adalah persaingan yang sihat. Kami tidak memiliki penjaga gol yang tetap. Perkara paling penting adalah mereka merupakan pilihan utama.
"Di Barcelona pada 2015, kami memenangi tiga kejuaraan dengan dua penjaga gol, Marc-Andre Ter Stegen dan Claudio Bravo."