Skip to main content

Bola Sepak

Moreno puji ketangkasan Arrizabalaga

kepa-arrizabalaga.jpg
ROMANIA 1 SEPANYOL 2

Robert Moreno memuji Kepa Arrizabalaga selepas penjaga gol Sepanyol itu bertindak cemerlang menafikan percubaan di penghujung permainan ketika mengatasi Romania 2-1 dalam aksi kelayakan Euro 2020.


Sepanyol terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Diego Llorente diarah keluar padang.

Sergio Ramos terlebih dahulu membuka jaringan sebelum Florin Andone menyamakan kedudukan. Sepanyol, bagaimanapun, berjaya menamatkan perlawanan dengan tiga mata selepas Paco Alcacer mengekalkan rekod kemenangan La Roja dengan jaringan pada penghujung permainan.

Tetapi Arrizabalaga muncul wira pasukan selepas menafikan tandukan George Puscas dalam masa tambahan ketika Sepanyol meraih kemenangan kelima daripada lima perlawanan Kumpulan F.

Mereka kini mendahului dengan kelebihan lima mata dan lebih manis buat Moreno yang turun selaku ketua jurulatih tetap buat kali pertama selepas menggantikan Luis Enrique.

Sepanyol, yang bakal menerima kunjungan Kepulauan Faroe, Ahad ini, semakin hampir mendapatkan slot ke Euro 2020 selepas Arrizabalaga beraksi cemerlang bersama pasukan.

"Kami sangat gembira dengan persembahan Arrizabalaga," kata Moreno.

"Dia bermain dengan cemerlang tetapi kami memiliki tiga penjaga gol dalam pasukan ini. Kami sangat gembira dia membantu pasukan pada penghujung permainan, sama seperti kesemua pemain dalam pasukan ini."

"Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berkualiti, namun kami gagal menggunakan peluang yang terhidang sebaik mungkin.

"Walaupunt tipis, namun kemenangan tetap milik kami. Saya yakin Norway dan Sweden akan diberikan waktu sukar beraksi di sini nanti."

Ramos, yang menjaringkan 10 daripada 12 sepakan penalti untuk Sepanyol, dilayangkan kad kuning ketika meraikan jaringan sambil membuat isyarat berpura-pura memakai cermin mata.

"Ramos menjelaskan kepada saya mengenai kekeliruan ini," kata Moreno. "Dia melakukan gerak isyarat itu kepada kamera untuk anak saudaranya yang memakai cermin mata. Dia tidak berniat untuk mengejek mana-mana pihak."

Advertisement

Must Watch Video