Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, melaungkan keyakinan mampu mengatasi Pahang dengan mudah dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA di Johor Bahru tatkala jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui tidak boleh berpuas hati dengan kelebihan dua gol selepas mencatat kemenangan 3-1 di Kuantan, malam tadi.
Gembira dengan kemenangan Pahang, Dollah, bagaimanapun, enggan meraikannya lebih awal memandangkan saingan masih berbaki 90 minit.
Dollah menegaskan dia lega anak buahnya mampu membawa bekalan dua jaringan ke Larkin, namun menolak ia sebagai bekalan selesa.
Ini kerana dia mendapati masih terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan anak buahnya di Stadium Darulmakmur.
"Keputusan ini membanggakan tetapi bagi saya, kami masih ada baki 90 minit untuk ditempuhi, jadi kami tidak boleh terlalu gembira. Perlawanan di Larkin sudah tentu sukar tetapi buat masa ini, kami perlu fokus terhadap aksi liga terlebih dahulu.
"Pada malam ini (semalam), kami tidak bermain dengan baik tetapi kami tidak mensia-siakan peluang," jelas Dollah.
Sementara itu, kekalahan JDT di laman lawan tidak sesekali melemahkan semangat Mora.
Malah, dia tampak lebih bersemangat untuk membuat perhitungan akhir siapa yang bakal melangkah ke separuh akhir Piala FA.
Enggan dibayangi kekalahan itu, Mora mahu fokus terhadap aksi timbal balik, lantas melontarkan keyakinan mampu membenam Pahang dengan mudah di laman sendiri.
"Kami tidak akan bolos di Larkin, jadi itu memberi kami satu kelebihan. Tetapi saya tidak terlalu memikirkan kekalahan ini lagi, saya mahu kami menang dengan perwatakan yang baik di Larkin.
"Kami memiliki pemain, pasukan, idealogi dan falsafah yang jauh lebih baik berbanding Pahang, jadi saya positif di Larkin kami mampu mencapai kemenangan," tegas Mora.