Kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas Pulau Pinang malam tadi membolehkan mereka mendahului saingan Liga Super dengan kelebihan lima mata ke atas pencabar terdekat, Pahang.
Pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora, mengakui pasukannya kurang menyerang dalam babak kedua, namun apa yang penting baginya, mata penuh mampu diraih.
Mora berkata sesetengah pemain sudah beraksi dalam banyak perlawanan ekoran pembabitan mereka dalam saingan Piala AFC.
Oleh kerana itu, pasukannya bermain secara taktikal dalam babak kedua selepas mencipta dua gol awal.
"Bukan mudah untuk terus menyerang kerana kebanyakan pemain saya terbabit dalam banyak perlawanan.
"Mereka lebih banyak bermain berbanding pasukan lain dan mereka keletihan.
"Begitupun, mereka tahu bilakah detik terbaik untuk menyerang dan kami tidak pernah mengendurkan asakan," katanya.