Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, enggan anak buahnya mengulangi situasi cemas seperti aksi menentang Petaling Jaya (PJ) City FC malam tadi meskipun menang 4-2 untuk menghuni tangga teratas Kumpulan B, Piala Malaysia.
Bagi jurulatih dari Mexico itu, JDT tidak sepatutnya dibolosi ketika mereka selesa mendahului 2-0 sebelum pelawat bangkit menyamakan kedudukan 2-2 dalam babak kedua.
Bagaimanapun, Mora memberi pujian ke atas semangat pasukannya untuk memastikan kemenangan selain bertekad untuk memperbaiki kelemahan tersebut bagi meneruskan kemaraan dalam saingan Piala Malaysia.
"Kami masih perlu melihat kepada perincian permainan dan perbaiki situasi yang boleh menjerat diri sendiri.
"Sekiranya kami menyulitkan keadaan dalam sekelip mata, maka kami jugalah yang perlu memperbaikinya," katanya.
Sementara itu, pengendali pelawat, K. Devan, akur layangan kad kuning terhadap pemainnya pada awal perlawanan memberi kesan terhadap permainan mereka.
Tambah jurulatih itu, pemain turut hilang fokus selepas menyamakan kedudukan dan moral pasukannya luntur sebaik Harimau Selatan meraih gol ketiga menerusi Diogo Luis Santo.
"Selepas menjaringkan gol, kami sepatutnya kembali mengatur permainan.
"Daripada ketinggalan 0-2 lalu kami bangkit menyamakan kedudukan, jadi kami perlu memperkemaskan benteng dan pada ketika itu, saya berasakan kami mempunyai peluang dalam perlawanan ini.
"Tetapi sejurus gol ketiga JDT menyusul, sukar untuk kami bangkit memandangkan masa yang semakin suntuk," kata pengendali itu.