Skip to main content

Bola Sepak

Mora: Fokus JDT tidak terjejas

260417mora.jpg
Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, optimis kegagalan meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA tidak akan menjejaskan fokus pasukannya apabila berdepan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super, malam ini.

Bagi Mora, pasukannya akan turun dengan misi mengukuhkan lagi kedudukan selaku pendahulu liga.

Jurulatih itu percaya barisan pemainnya berupaya bangkit daripada kegagalan dalam saingan Piala FA apabila berdepan Pulau Pinang di tempat lawan.

"Pasukan seperti Pulau Pinang yang berada di kedudukan yang tidak selesa dalam saingan liga mampu memberikan masalah kepada JDT. Kami akan memberikan tumpuan yang penuh untuk perlawanan ini dan mahu mencari kemenangan," katanya.

Namun, jurulatih kelahiran Mexico itu tetap mengambil pendekatan berwaspada berdepan Pulau Pinang walaupun mereka kini berada di kedudukan tercorot liga.

Baginya, Pulau Pinang akan turun tanpa sebarang tekanan berdepan JDT.

"Lawan kami akan menghadapi perlawanan ini tanpa sebarang tekanan, mereka hanya mahu mencari kemenangan. Kami perlu memastikan pertahanan kami mengekang setiap percubaan mereka."

Advertisement

Must Watch Video