Vincenzo Montella memuji transformasi dalam skuad AC Milan dan berharap menjuarai Serie A mampu menjadi objektif utama.
Selepas pelabur dari China mengambil alih pasukan, Milan dilihat sebagai pasukan yang paling aktif dalam jendela perpindahan, dengan membawa masuk Leonardo Bonucci, Andre Silva, Hakan Calhanoglu, Lucas Biglia dan Franck Kessie serta beberapa pemain lagi.
Juara Liga Juara-Juara (UCL) tujuh kali itu masih lagi mahu mendapatkan penyerang bertaraf bintang sebelum jendela ditutup pada bulan depan.
"Saya tidak menyangkakan bilangan pemain yang telah kami bawa masuk untuk meningkatkan mutu pasukan," kata Montella.
"Ia amat menakjubkan, Milan dalam proses untuk menjadi dalam kalangan pasukan elit di Eropah dan ini merupakan permulaan yang baik.
"Kami berharap menjuarai Serie A mampu menjadi sasaran utama, namun terus berwaspada dengan ancaman yang diberikan oleh Juventus, Roma dan Napoli."
Milan melaungkan amaran awal dengan niat mereka selepas membenam Bayern Munich 4-0 dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di China dan Montella amat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.
"Kami cuba memberikan yang terbaik dan pemain-pemain baru mula mempamerkan impak yang positif."