Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, dalam dilema menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan malam esok apabila mempunyai misi serampang dua mata yang perlu dilunaskan dalam aksi pembukaan Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia China 2023, 5 dan 10 September ini.
Pertemuan menentang anak buah Vital Borkelmans itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil penting buat skuad Harimau Malaya untuk memungut mata bagi memperbaiki ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Dalam masa sama, ia juga menjadi medan pemilihan skuad akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran negara dalam kempen kelayakan itu kelak.
Dengan empat pemain akan digugurkan, Cheng Hoe tetap meletakkan dua matlamat itu sebagai keutamaannya sebelum berdepan Indonesia di Jakarta, Khamis depan.
"Pemain-pemain menyedari kemampuan Jordan. Dalam masa sama, keputusan positif harus dikejar dalam perlawanan ini kerana kami perlu mengutip mata bagi meningkatkan lagi ranking FIFA.
"Kami juga mahu mendapatkan kombinasi pemain terbaik dan sehingga hari ini, kami belum memastikan kesebelasan utama yang bakal diturunkan di Bukit Jalil esok," katanya dalam sidang media pra-perlawanan di Bukit Jalil, petang tadi.
Apa pun, perlawanan menentang Jordan bakal menggamit kenangan pengendali berusia 51 tahun berkenaan sewaktu menjadi penolong jurulatih skuad negara, 10 tahun lalu.
Skuad kebangsaan yang dibimbing Datuk K. Rajagobal ketika itu mengikat lawan apabila tanpa jaringan di Amman pada September 2009.
"Jordan kini memiliki kualiti permainan dan skuad yang berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.
"Perkara paling penting untuk perlawanan esok adalah memastikan Malaysia bermain dengan strategi dan pendekatan yang telah ditetapkan," katanya.