Liverpool mempamerkan kebangkitan ketika berdepan Bournemouth untuk mencipta sejarah dan pembantu kapten, James Milner, percaya pasukan lain akan goyah apabila ketinggalan.
The Reds -- yang menyambung cabaran selepas kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris di tangan Watford serta penyingkiran daripada Piala FA ketika menentang Chelsea minggu lalu -- mencipta kemenangan 2-1 di Anfield untuk mencatat rekod kemenangan ke-22 berturut-turut di laman sendiri, mengatasi rekod milik skuad kendalian Bill Shankly pada 1972.
Mereka terpaksa bangkit untuk memecahkan rekod itu walaupun pengadil, Paul Tierney, dan Video Bantuan Pengadil (VAR) gagal mengesahkan Callum Wilson menolak Joe Gomez sebelum penyerang itu meledakkan gol pembukaan pada minit kesembilan.
Liverpool tenang memadamkan kelebihan itu tatkala Mohamed Salah menyumbat gol dalam penampilan ke-100 buat kelab sebelum Sadio Mane meletakkan mereka di depan pada minit ke-33.
Bournemouth tidak menunjukkan sebarang tanda kebangkitan dan skuad bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool, mengesahkan kemenangan sekali gus hanya memerlukan sembilan mata lagi untuk meraikan kejuaraan liga pertama dalam tempoh 30 tahun.
"Saya tidak fikir aksi Liga Perdana Inggeris sukar untuk dimenangi. Bosan untuk bercakap mengenainya tetapi itulah kebenarannya," ujar Milner.
"Lebih-lebih lagi apabila kami tidak beraksi di tahap sebanar dalam beberapa perlawanan. Hari ini, kami sekali lagi tidak tampil dengan prestasi terbaik tetapi banyak pasukan akan goyah dan meraih keputusan buruk.
"Banyak pasukan goyah apabila ketinggalan satu gol tetapi bukan kami. Liverpool sentiasa mencuba, tenang dan apabila mendahului, anda sentiasa berpeluang.
"Ia sesuatu yang istimewa tetapi kami hanya mahu menunjukkan persembahan terbaik, memenangi trofi dan mencipta sejarah buat kelab ini.
"Pasukan yang sukar dipercayai sejak kempen bermula, melalui rentak cemerlang tetapi kami hanya mahu menunjukkan prestasi hebat, mengharapkan trofi dan mencipta sejarah."