Eder Militao percaya bahawa aksinya sepanjang musim lalu telah membuktikan mengapa dia layak menjadi pertahanan termahal dalam sejarah Real Madrid.

Pemain kebangsaan Brazil itu ditandangani daripada Porto pada Julai 2019 dengan tanda harga €50 juta (RM229.71 juta), hanya setahun selepas menyertai kelab Portugis itu daripada Sao Paolo.

Dia bergelut untuk mencipta impak dalam dua musim pertamanya di Santiago Bernabeu, di mana dia hanya tersenarai sebanyak 23 kali dalam kesebesalan utama perlawanan LaLiga sepanjang tempoh itu.

Bagaimanapun, penmergian Sergio Ramos dan Raphael Varane menjelang musim 2021-22 telah memberikan peluang berharga yang dimanfaatkan sepenuhnya pemain berusia 24 tahun itu untuk mengukuhkan reputasinya di bahagian pertahanan tengah Los Blancos.

Dia melakukan 50 penampilan dalam kesemua kejohanan dan membantu pasukan bimbingan Carlo Ancelotti berkenaan memenangi gelaran LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).



Militao berkata dia tidak berdepan sebarang tekanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ramos dan Varane sambil percaya bahawa dia telah membuktikan betapa pelaburan Madrid untuk mendapatkannya satu ketika dulu merupakan sesuatu yang berbaloi.

"Apabila mereka meninggalkan pasukan, ramai yang berkata bahawa mereka telah memahat sejarah di kelab ini," katanya kepada Marca.

"Saya fikir waktu saya untuk memikul tanggungjawab sudah tiba, saya perlu menunjukkan kepada penyokong bahawa mereka boleh berharap kepada saya.

"Saya telah membuktikan apa yang boleh saya lakukan dan saya telah mmebuktikan mengapa saya layak berada di Real Madrid," katanya.