Skip to main content

Bola Sepak

Milan berdepan rekod permulaan terburuk dalam 81 tahun

romagnoli.jpg
Ketua jurulatih AC Milan, Marco Giampaolo, berdepan tekanan hebat selepas pasukannya melewati kekalahan keempat daripada enam perlawanan pertama Serie A musim ini  -- tewas 1-3 kepada Fiorentina di San Siro awal pagi tadi -- yang juga rekod permulaan terburuk mereka dalam tempoh 81 tahun.

Kali terakhir pasukan itu tewas empat daripada enam perlawanan pertama Serie A ialah dalam musim 1938-39 dan rekod tersebut juga pernah terjadi dalam musim 1930-31.

Apa-apa keputusan selain kemenangan ketika menentang Genoa hujung minggu ini akan mendorong pengarah kelab itu untuk menamatkan khidmat Giampaolo selepas hanya mengemudi pasukan berkenaan dalam tujuh perlawanan liga.

Milan akan bertandang ke Stadium Luigi Ferraris ketika mereka sedang menduduki tangga ke-16 Serie A.

Giampaolo menggantikan Gennaro Gattuso di San Siro selepas pasukan itu menamatkan musim lalu di tangga kelima, yang mengakibatkan mereka tidak layak menyertai Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video