Andres Iniesta memuji kehebatan penjaring gol kemenangan, Lionel Messi, selepas Barcelona mengatasi Real Madrid 3-2 dalam aksi El Clasico awal pagi tadi, dengan kapten Barcelona berkenaan kagum dengan penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu.
Messi menyumbang dua gol untuk Barcelona, dengan salah satunya pada minit ke-92 untuk juara bertahan LaLiga itu mengejutkan Real Madrid yang beraksi dengan 10 pemain di Santiago Bernabeu.
Selepas menyamakan kedudukan pada separuh pertama, pemenang lima kali Ballon d'Or itu melakukan penyudah untuk golnya yang ke-500 bersama Barca.
"Saya rasa kehebatan sebenar Leo (Messi) adalah dia tidak pernah berhenti untuk memberikan aksi memukau walaupun selepas bertahun-tahun," katanya. "Ia adalah satu penghormatan untuk kelab memilikinya."
Barcelona bangkit dengan dua gol melalui Messi dan Ivan Rakitic selepas Casemiro membuka jaringan buat Madrid pada minit ke-28.
Bagaimapun, jaringan Rakitic pada minit ke-73 disamakan oleh pemain gantian, James Rodriguez, selepas Sergio Ramos dilayangkan kad merah kerana mengasari Messi.
Messi kemudian muncul mengecewakan Real dan memadam kelebihan tiga mata tuan rumah sebagai pendahulu liga.
Iniesta berkata: "Kami sepatutnya menjadikan kedudukan 3-1 tetapi mereka mempunyai peluang juga.
"Kami bermain dengan baik dan tidak mudah selepas kami kalah kepada Juventus."
"Kami perlu menang, kami bergegas untuk melancarkan satu serangan dan ia adalah penting untuk menjaringkan gol apabila kami mempunyai peluang," katanya.
"Kemenangan pada masa kecederaan membuatkan kami sangat bermotivasi dan kami kekal hidup, Real Madrid kini perlu mengelakkan kekalahan."