Kapten pasukan, Messi, beraksi selama 90 minit ketika Argentina melakar kemenangan 1-0 ke atas Russia semalam, dengan memainkan peranan di sebalik jaringan tunggal yang disempurnakan oleh Sergio Aguero.
Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu tidak berkunjung ke Krasnodar bersama pemain lain, dengan laman rasmi Twitter telah mengumumkan Messi sudah pulang ke Sepanyol.AGUERO! Argentina winning now 1-0. pic.twitter.com/YsIHr6BTby
— FUT Lites (@FUT_Lites) November 11, 2017
Ia turut dinyatakan kepulangan Messi ke Barca bukan kerana kecederaan.
Messi terus mengungguli carta sebagai penjaring terbanyak Argentina dan memuji Aguero yang berjaya menjadi pemain ketiga terbanyak menjaringkan gol buat Argentina, sekaligus mengatasi Hernan Crespo (35 gol).
How underrated is Aguero? 3rd best goal scorer in Argentina history and he has done it in fewer games than Higuain, Maradona and Crespo. pic.twitter.com/8OoKcqSiix
— Guardiolista (@BlueCitizen007) November 11, 2017