Ronald Koeman mengakui Barcelona tidak boleh menamatkan saingan musim ini selain daripada tempat pertama LaLiga dan menegaskan Lionel Messi bersedia menyahut cabaran itu.
Permulaan kempen yang tidak stabil meletakkan Barcelona untuk menyaingi Atletico Madrid dan Real Madrid untuk beberapa bulan akan datang, selepas tumpas empat kali daripada 14 perlawanan domestik musim ini.
Namun, dengan hanya memungut 10 daripada 12 mata maksimum sepanjang empat perlawanan terakhir, ada sedikit petunjuk kebangkitan ditonjolkan anak buah Koeman itu.
Walaupun musim terganggu akibat penularan COVID-19 sehingga mencetuskan konflik pemilihan ahli lembaga pengarah kelab yang mungkin akan diadakan pada bulan depan, tetapi bagi Koeman ia bukan alasan untuk mereka gagal.
"Di kelab seperti Barca ini, anda perlu memenangi sesuatu. Saya rasa matlamat utama kami ialah memenangi perlawanan dan piala. Anda tidak akan memenangi sebarang dengan menduduki tempat keempat, anda perlu menjadi yang pertama," kata pakar taktikal dari Belanda itu.
"Itulah mentaliti yang perlu disemai dalam pasukan ini, kami tidak boleh mengakhiri saingan dengan tangan kosong. Kami sedar bahawa musim ini kami banyak melakukan perubahan, kelab ini berada dalam situasi kewangan yang sukar termasuk isu-isu mengenai gaji pemain.
"Ini adalah situasi yang sangat sulit buat kelab bola sepak gara-gara COVID-19. Tetapi Barcelona masih merupakan pasukan yang tetap perlu menang dan dengan kesedaran bahawa perubahan perlu dilakukan, kami masih bercita-cita tinggi untuk melakar kejayaan terbesar."
Barca menghuni di tangga kelima susulan kemenangan 3-0 di Real Valladolid semalam di mana Messi menambah bilangan sentuhan penyudahnya untuk Barcelona kepada 644 gol -- memecahkan jaringan terbanyak di sebuah kelab yang sebelum ini dipegang Pele selama hampir setengah abad berikutan kecemerlangannya bersama Santos.
Komitmen Messi sering dipersoalkan musim ini selepas percubaannya untuk meninggalkan kelab sebelum permulaan kempen.
Namun, Koeman percaya pemain Argentina berusia 33 tahun itu bertekad menjadi watak penting dan bukannya pengacau.,
"Dia bekerja keras pada setiap hari. Dia banyak terlibat dengan pasukan," katanya lagi kepada laman sesawang Barcelona.
Seperti semua pasukan, dia yakin Barca memerlukan "ketenangan tinggi untuk memenangi sesuatu" dan ia mungkin berlaku selepas pilihan raya presiden pada 24 Januari depan.

? ❝#Messi is having fun every day in training and he is very dedicated❞
— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 24, 2020
— @RonaldKoeman pic.twitter.com/B8FuxjodLn