Skip to main content

Bola Sepak

Messi akan tinggalkan Barca jika tidak mahu gaji dipotong, kata Rousaud

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi.jpg
Lionel Messi akan meninggalkan Barcelona seandainya tidak mahu berdepan pemotongan gaji, kata calon presiden kelab itu, Emili Rousaud.

Masa depan Messi bersama pasukan gergasi LaLiga itu menjadi topik hangat selepas ketua pasukan berkenaan meminta untuk meninggalkan Nou Camp pada penghujung musim 2019-20.

Pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu dikaitkan untuk menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, sebelum mengubah keputusannya untuk kekal di Sepanyol walaupun kini kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) dan Inter Milan.

Rousaud, yang akan kembali bertanding dalam pemilihan presiden pasukan itu pada 24 Januari ini susulan peletakan jawatan Josep Maria Bartomeu pada Oktober lalu, membincangkan mengenai masa depan Messi dalam pandemik COVID-19 ketika ini.

"Kami perlu duduk berbincang dengan Messi untuk pemotongan gajinya," kata Rousaud kepada ARA.

"Buat masa ini, dengan perkara yang mereka ada, ia tidak dapat dikekalkan.

"Kami akan memintanya untuk melakukan pengorbanan. Jika tiada kesepakatan, Messi akan pergi," katanya.
 

Rousaud menambah: "Messi telah melakar sejarah paling gemilang dalam kelab ini. Kami perlu menghormati legenda kami tetapi realitinya seperti itu.

"Saya percaya setiap perkara perlu diperkatakan dengan jujur. Kami tidak boleh berselindung daripada ahli kami. Kami akan melakukan setiap usaha untuk memastikan dia kekal tetapi kepentingan kelab sentiasa diutamakan."
 

Advertisement

Must Watch Video