Media Indonesia memberikan Tan Cheng Hoe gelaran sebagai seorang 'sosok yang kalahkan pasukan Indonesia di SUGBK kembali ke skuad Malaysia."
Perkara itu susulan kepulangan jurulatih berusia 56 tahun itu ke pangkuan skuad Harimau Malaya, namun peranan barunya dalam revolusi bola sepak negara itu masih menjadi tanda tanya.
Nama Cheng Hoe tidak asing lagi dalam kancah bola sepak domestik selepas dia pernah mengecapi beberapa kejayaan antaranya muncuk juara Liga Perdana dan juara Piala Malaysia bersama Kedah, naib juara Piala AFF 2018 serta dinobatkan jurulatih terbaik Ketika Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016.
Malah, untuk rekod pada tahun 2019 dia pernah memacu kejayaan kem negara menewaskan Indonesia 3-2 hasil dua jaringan daripada Mohamadou Sumareh dan Syafiq Ahmad di Stadium Gelora Bung Karno (SUGBK) dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.