Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe, Icardi kembali perkuat PSG -- Tuchel

mbappe-cropped_1wxvb7uumho0d1281zk7gnjyii.jpg
Kylian Mbappe dan Mauro Icardi kini cergas untuk beraksi buat Paris Saint-Germain (PSG) dalam pertemuan dengan Bordeaux malam ini, kata pengendali pasukan, Thomas Tuchel.

Barisan depan PSG mengalami cabaran selepas penjaring terbanyak kelab, Edinson Cavani, turut terpaksa diketepikan.

Mbappe dan Cavani tidak beraksi sejak mereka menang 4-0 ke atas Toulouse di laman sendiri, beberapa bulan lalu.

Namun, menjelang kunjungan ke Galatasaray bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini, skuad kendalian Tuchel itu menerima khabar gembira walupun Neymar akan tersisih kerana penggantungan.

Bercakap dalam sidang media semalam, Tuchel mengesahkan Mbappe dan Icardi boleh beraksi.

Ditanya mengenai kombinasi Neymar dan Mbappe, Tuchel berkata: "Hubungan di antara dua pemain ini adalah kunci buat kami. Mereka mencetuskan banyak kemungkinan.

"Mbappe cedera selama beberapa minggu dan kami perlu bersabar walaupun esok agak mustahil untuk Mbappe beraksi sepanjang 90 minit.

"Kami harus sesuaikan diri dengan situasi dan lawan. Esok, kami berupaya menurunkan Mbappe dan Icardi."

Ditundukkan 2-0 oleh Reims pada Rabu lalu menjadi kekalahan pertama PSG di laman sendiri sejak Mei 2018 sebelum Tuchel mengambil-alih.

"Ia satu petanda bagus apabila reaksi pantas ditunjukkan selepas kekalahan itu," tambahnya.

"Sentiasa sukar untuk mendapatkan perasaan baik selepas kekalahan. Ia satu cabaran esok untuk berdepan pasukan bagus daripada Bordeaux, untuk kembali ke landasan kemenangan.

"Saya bencikan kekalahan kerana ia sangat sukar. Kami boleh melakukan lebih baik dan akan cuba memperbaikinya."

Advertisement

Must Watch Video