Skip to main content

Bola Sepak

Mazzarri gembira dengan gandingan berbisa Watford

niang.jpg
WATFORD 2 WEST BROM 0 

Walter Mazzarri menghamburkan pujian kepada penjaring gol, M'Baye Niang dan Troy Deeney, selepas menghukum West Brom dalam kemenangan 2-0 Watford di Vicarage Road, awal pagi tadi. 


Gandingan kedua-dua pemain itu membuahkan hasil buat Hornets yang menyaksikan Niang menjaringkan gol dari jarak jauh selepas mendapat hantaran daripada Deeney, sebelum kapten Watford itu pula menyempurnakan umpanan daripada pemain pinjaman dari AC Milan itu.

Kemenangan itu mengangkat tuan rumah ke kedudukan kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), pada hari di mana laporan mengaitkan masa depan Mazzarri di kelab itu semakin samar.

Bagaimanapun selepas perlawanan, bekas bos Inter itu hanya berminat untuk memberi tumpuan terhadap prestasi pasukannya.

"Saya amat gembira dengan pasukan saya. Pemain-pemain beraksi dengan baik. Ia adalah satu permainan yang hebat," katanya kepada BBC Sport.

"Saya sudah katakan sebelum permainan, West Brom adalah pasukan yang bagus setelah meraih dua keputusan yang baik ke atas Manchester United dan Arsenal.

"Ia adalah gol yang cantik oleh M'Baye Niang dan juga bantuan gol yang hebat daripada Deeney."

Di sebalik kemenangan itu, Mazzarri jelas kelihatan berang di tepi padang pada babak kedua berikutan insiden layangan kad merah ke atas Miguel Britos, dengan mendakwa pemain pertahanan itu langsung tidak layak menerima walau satu pun kad kuning.

Sementara itu, pengurus West Brom, Tony Pulis, mengakui ia bukan malam untuk pasukannya, sambil merujuk kepada rembatan Nacer Chadli yang mengenai tiang gol selain percubaannnya di depan pintu meliar sebagai contoh nasib buruk mereka.

The Baggies kekal di kedudukan kelapan EPL menjelang kunjungan ke Southampton, Sabtu ini. 

"Kami telah melepaskan dua gol lagi. Kami masih mencipta peluang dan menguasai perlawanan. Pada hari lain, Chadli mungkin telah mencetak hatrik, jadi kami kecewa," katanya kepada BBC.

"Kami perlu berehat dan menerimanya."

Advertisement

Must Watch Video