Skip to main content

Bola Sepak

Matthijs de Ligt sedia pertimbang tawaran kelab besar

de-ligt.jpg
Matthijs de Ligt bersikap terbuka mengenai masa depannya di Juventus dengan memberi isyarat bahawa dia mungkin tidak menyambung kontraknya bersama gergasi Serie A itu.

Walaupun rundingan sedang dijalankan, bek tengah Belanda itu masih belum membuat keputusan sama ada untuk terus komited dengan syarat baru.

Pemain berusia 22 tahun itu telah dikaitkan dengan Manchester United memandangkan bekas pengurusnya di Ajax, Erik ten Hag, kini menduduki kerusi panas di Old Trafford.

Dia mungkin menjadi pilihan tepat sekiranya United dapat membeli pada harga yang betul sekalipun perpindahan De Ligt ke Juventus tiga tahun lalu menelan belanja sekitar €75 juta (RM353.2j). 

Bercakap kepada media, Belanda NOS, De Ligt sempat mengulas mengenai situasinya menuju dua musim terakhir kontraknya: "Perbincangan sedang diadakan dan apabila tiba masanya, saya akan memutuskan sama ada saya akan melanjutkan atau perlu melihatnya secara lebih jauh lagi.

"Saya sentiasa menilai apa yang terbaik buat diri sendiri daripada segi projek sukan. Dua kali berakhir di tempat keempat berturut-turut tidak cukup bagus, kami perlu mengorak langkah.

 

“Juventus sentiasa kelab yang mahu dan perlu menjadi juara.

"Secara peribadi, ini adalah tahun terbaik saya setakat ini daripada segi masa permainan dan corak permainan saya."

"Adakah saya pilihan tepat di bahagian benteng tengah" Saya tidak tahu," katanya. 

"Kelab berpendapat begitu dan saya telah membuktikan kemampuan pada musim ini tatkala Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci dihantui kecederaan."

Advertisement

Must Watch Video