Skip to main content

Bola Sepak

Mata harap Messi tidak sertai City

barcelona-forward-lionel-messi_.jpg
Pemain tengah Manchester United,  Juan Mata, percaya Lionel Messi boleh dianggap sebagai pemain terbaik dunia namun berharap dia tidak menyertai Manchester City.

Skuad City kendalian Pep Guardiola dilihat sebagai pilihan untuk menandatangani Messi awal tahun ini selepas bintang itu meminta untuk meninggalkan Barcelona.

Pemain kebangsaan Argentina itu kekal di Nou Camp dan bakal tamat kontrak Jun hadapan dan sekali lagi dikaitkan dengan City, Paris Saint-Germain dan Inter.

Dan Mata bimbang dengan Messi, yang meledak tujuh gol dalam 13 penampilan semua pertandingan musim in, bakal menyertai musuh tradisi United tahun depan.

"Saya berharap tidak," kata Mata.

"Salah satu perkara yang saya sedar dalam sukan bola sepak profesional ialah anda harus fokus pada perkara yang dapat anda kendalikan dan lupakan perkara yang tidak dapat anda lakukan."
 

Messi mengharungi musim sukar sejak permulaan musim ini. Namun, Mata tetap menjadi penyokong besar pemain berusia 33 tahun itu, yang telah memenangi enam Ballon d'Or sepanjang kariernya.

"Saya sentiasa mengaguminya, setiap kali anda menyaksikan dia beraksi, ia menjadikan kehidupan saya lebih baik.

"Saya akan memberikannya trofi untuk pemain terbaik setiap tahun kerana apa yang telah dilakukan sepanjang kariernya dan apa yang masih diusahakannya sesuatu yang luar biasa."

Advertisement

Must Watch Video