'Masih ada masa lagi untuk bubar Liga. Boycott beramai-ramai. Tunjuk kepada dunia mentality bola sepak Malaysia,' itu kata-kata pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, di laman sosial Instagram.
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, membalas kritikan dengan revolusi bola sepak Harimau Malaya yang ketika ini digambarkan seperti tiada identiti.
Menerusi laporan Stadium Astro semalam, legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, berasakan revolusi Harimau Malaya bagaikan tiada identiti.
Pemerhati bola sepak, Hasnizam Uzir membalas laporan tersebut dengan berkata "Ambik knowledge dan ubah mentality kita. Buang ego sebab dulu lain sekarang lain. Nak buat SMART tunnel pun kita belajar dari org luar. Kerja demgam efesien/kreatif ini perlu dibuktikan. Kita support apa yang TMJ @HRHJohorII lakukan ini dulu. Dah ada ILMU yg cukup baru boleh gerak sendiri."
TMJ membalas ciapan Hasnizam, baginda berkata, "Semua bercakap macam kita ni juara World Cup. Nak perubahan tetapi mindset still zaman purba. Indonesia, Thailand, Vietnam dah jauh. Semua upgrade fasiliti bola dan adopt foreign expertise. Kita setakat bercakap aja."
Dan yang terbaru, TMJ memuat naik senarai juara Liga Super dari tahun 2004 sehingga terkini dengan berkata, "Masih ada masa lagi untuk bubar Liga. Boycott beramai-ramai. Tunjuk kepada dunia mentality bola sepak Malaysia."
JDT menjuarai Liga Super 11 kali berturut-turut dan dijangka akan menerusi momentum itu menjelang musim hadapan.