Skip to main content

Bola Sepak

"Masa untuk tamatkan badi kekalahan di tangan Rayo" - Balde

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

balde.jpg

Pemain pertahanan Barcelona, Alejandro Balde, percaya bahawa badi sumpahan Rayo Vallercano akan ditamatkan menjelang pertemuan dua kelab itu malam nanti. 

Rekod membabitkan pertemuan Rayo Vallercano dengan juara bertahan La Liga itu sebelum ini menunjukkan Barca belum lagi mampu menundukkan mereka dalam empat perlawanan terdahulu.

Walaupun terpaksa berkunjung ke Estadio de Vallecas, Balde meletakkan kepercayaan yang tinggi untuk menamatkan badi tersebut.

"Ini adalah perlawanan penting bagi Barcelona kerana kita masih belum mampu menewaskan Rayo dalam tempoh dua tahun. Saya rasa hanya kemenangan malam ini mampu menamatkan segala badi kekalahan tersebut.

Malah tiga daripada empat kekalahan yang dicatatkan oleh Barca sebelum ini berlaku selepas Xavi Hernandes menggantikan Ronald Koeman dalam pasukan tersebut.
 

Bagi Balde, rentak kemenangan dan momentum yang sedia ada tidak harus direncatkan dengan kekalahan berterusan di tangan Rayo dalam memastikan psikologi para pemain terus fokus untuk mengekalkan rekod cemerlang dalam setiap liga yang perlu diharungi.

Ketika ini Barcelona berada di kedudukan ketiga dalam carta La Liga selepas Girona dan musuh tradisi mereka Real Madrid dengan mengumpul 30 mata. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video