Skip to main content

Bola Sepak

Masa Pogba di United sudah berakhir -- Raiola

pogba.jpg
Ejen Paul Pogba mendakwa waktu pemain tengah itu di Manchester United sudah berakhir selepas spekulasi yang menyaksikan dia bakal meninggalkan Old Trafford dalam masa terdekat.

Wakil pemain kebangsaan Perancis itu, Mino Raiola, telah memberitahu kepada kepada Tuttosport, "Saya boleh mengatakan bahawa masa Pogba di United sudah berakhir."

Pogba, 27, telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai Real Madrid, Paris Saint-Germain dan bekas kelabnya, Juventus.

Semasa aksi antarabangsa Oktober lalu, Pogba berkata berhijrah ke Real adalah impiannya dan ia merupakan saat yang sama United mengaktifkan kontrak lanjutan setahun pemain tersebut, yang bakal berakhir 2022.
 

Pemain tengah itu telah melakukan 13 penampilan dalam semua pertandingan musim ini dan telah meledak dua gol.

Dia meledak gol pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika United menang 3-1 ke atas West Ham di Stadium London Sabtu lalu.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, baru-baru ini mengatakan Pogba "memerlukan platform yang tepat" untuk berkembang maju dan pemain "tidak dapat senang dengan masa bermain dan kedudukannya" di Old Trafford.

Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer kemudiannya mengadakan perbincangan dengan Pogba, yang dia akui "tidak senang ketika dia tidak bermain dan tidak bermain dengan sangat baik", tetapi menolak cadangan bahawa dia berada di luar posisi.

Advertisement

Must Watch Video